Saya akan Update kat sini nanti - 11/10/2025 Info Siri#1
Selepas Siri #1 saya hubungi Mudir… Rupanya jumlah tunggakan keseluruhan pelajar SRIDAH melebihi RM22,000 😭
Jom kita sama-sama kurangkan tunggakan RM22k tu. Moga Allah bantu dan bukakan pintu rezeki dari arah yang tak disangka. Moga setiap sumbangan jadi asbab anak-anak ini terus belajar, terus berdoa, dan terus menjadi cahaya untuk ummah.
Kita bantu bukan sebab kita lebih. Kita bantu sebab kita faham rasa. Dan kita percaya, bila kita ringankan beban orang lain, Allah akan ringankan urusan kita dunia akhirat.
Saya dahulukan RM700 untuk mulakan Round #2, misi bantu pelajar-pelajar lain yang masih tertunggak. 📎 Resit sumbangan saya turut dilampirkan
Jom kita bantu sorang sikit – Boleh niatkan untuk arwah, mak ayah, atau hajat peribadi. Semoga setiap huruf yang pelajar baca, setiap doa yang mereka lafazkan, mengalir jadi pahala buat kita semua.
Moga ringan bebanan Pentadbir sekolah, mudahkan dan gembirakan ustaz dan ustazah di sana.
Alhamdulillah, Round #1 (08 September 2025) telah berjaya.
Jumlah Terkumpul: RM1,250.00
📎 Rujuk screenshot kutipan di bawah
Sebahagian yuran pelajar telah berjaya diselesaikan.
📎 Lihat resit rasmi daripada pihak Mudir
Namun, apabila saya hubungi Mudir… Rupanya jumlah tunggakan keseluruhan pelajar SRIDAH mencecah RM22,000 😭
📎 Laporan lengkap dari pihak sekolah disertakan di sini
Salurkan Sumbangan Ke Akaun Rasmi Sekolah:
[Nama Akaun]: Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah
[Bank]: BANK ISLAM
02048010050696
SRI DARUL HIJRAH
Usaha kecil dari waris pelajar: